Thursday, July 03, 2008
kemasukkan jururawat pelatih
Untuk jururawat pelatih dan jururawat masyarakat
Pendaftaran untuk menjadi jururawat pelatih mula mendaftar pada hari selasa 1hb.julai 2008. Ada yang mendaftar untuk menjadi jururawat pelatih dan tak kurang pula mendaftar sebagai lantikan jururawat masyarakat. Semua kolej menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. Saya terlibat dengan kemasukan pelajar-pelajar baru ini, saya ditugaskan mematau bahagian pendaftaran. Kelihatannya pada hari pendaftaran semuanya agak sibuk. Dari merata pelusuk tanah air mereka datang dengan satu harapan dan cita-cita untuk menjadi seorang pelatih jururawat dan berkerjaya menjadi seorang jururawat. Begitu bersemangat kelihatan nya mereka semua. Rata-rata yang datang melapurkan diri ditemani olih keluarga atau saudara sebagai galakan dan sokongan moral untuk ahli keluarga mereka menceburikan diri dalam bidang kejururawatan ini. Mereka yang telah dipilih menjalani latihan kejururawatan ini kelazimanya akan diberi biasiswa yang agak lumayan setiap bulan. Alangkah beruntung dan bertuahnya.. tamat latihan pula disediakan pekerjaan sebagai jururawat di sektor Awam atau badan berkanun dengan gaji yang agak lumayan. Kerana itu mereka semua dikehendaki menandatangani aku janji perjanjian untuk tempuh tertentu berkhidmat dengan kerajaan.
Terfikir saya bagi mereka yang memohon jururawat pelatih di kolej-kolej kerajaan tapi permohonan mereka tidak berjaya, akhirnya beralih menjadi student di kolej swasta merka dikenakan puluhan ribu bayaran yuran untuk memasuki kolej swasta tersebut, kemudian jaminan pekerjaan tiada dan terpaksa mencari sendiri. Kerana itu saya amat berharap mereka-mereka yang terpilih ini perlulah bekerja keras untuk belajar dan berlatih dengan cemerlang. Jangan disia-siakan peluang yang telah anda dapat dan impikan itu.
Kini bermulalah minggu pengenalan kolej atau orientasi untuk pelajar-pelajar baru.Tujuannya adalah untuk kearah kebaikan di mana pelajar-pelajar dapat memahami displin kolej, konsep bekerjasama, penerapan etika seorang pelatih jururawat dari kolej awam dan lain-lainnya disamping dapat memupuk semangat muhibah diantara pelajar, tenaga pelajar dan staf-staf yang lain.
Kelazimannya disaat semester bermula iaitu selepas seminggu orientasi pastinya ada yang menarik diri untuk keluar dari menjadi seorang pelatih jururawat. Meraka punyai alasan tersendiri untuk keluar dari menjalani latihan kejururawatan. Saya merasa terharu dan sedih kerana masih terdapat kes-kes seperti ini. Sepatutnya mereka terlebih dahulu memikirkan masak-masak sebelum mendaftarkan diri. Tindakan ini menutup peluang orang lain yang begitu berminat untuk mejalani latihan sebagai persiapan untuk menjadi jururawat. Fikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan.
Bagi mereka yang baru mendaftar ini saya mengucapkan selamat datang untuk menjadi warga kolej kejururawatan. Anda tidak memilih jalan yang silap. Jururawat juga mennyediakan peluang masa depan yang cerah untuk anda. Anda juga bolih terus belajar selepas tamatnya pengajian. Ketika itu anda pilihlah jurusan kejururawatan atau bidang mana yang anda minat . Anda bolih terus menyambungkan pelajaran anda ketahap sarjana kejururawatan sekiranya anda berusaha dan termampu anda lakukan. Di luar sana telah ada mereka yang bergelajar doktor falsafah dalam bidang kejururawatan. Saya doakan agar anda akan menjadi diantara mereka yang berjaya itu,
insya Allah...aminn miga diperkenankan Ilahi.
by mahani
http://kolejkejururawatan.blogspot.com/
http://kejururawatan.blogdrive.com/
