tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

(101 Nursing Questions) - Segala soalan dan jawapan berkenaan dengan kejururawatan kami himpunkan di sini dahulu

Moderator: Pengawas

tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby shahidah » Wed Sep 19, 2007 9:30 am

adakah tugas jururawat lelaki ni sama dengan jururawat perempuan? boleh ke?
User avatar
shahidah
Junior
 
Posts: 14
Joined: Wed Jun 20, 2007 2:50 pm

ya tanggungjawab jururawat lelaki sama dengan yang perempuan

Postby rizman » Wed Sep 19, 2007 9:39 am

Sepanjang pengalaman saya, apa yang jururawat perempuan belajar, maka itu jugalah yang jururawat lelaki belajar. Saya percaya tanggungjawab mereka adalah sama.
©1999-2009 Jururawat.net (10 tahun meng-INTERNET-kan kejururawatan Malaysia)
Jawapan saya merupakan pendapat peribadi. Liabiliti terhadap kerugian / kerosakan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada saya atau Jururawat.net. Anda dinasihatkan merujuk kepada profesional sebenar untuk jawapan yang lebih berkredibiliti.
71905-stats KKM2008
User avatar
rizman
Junior
 
Posts: 117
Joined: Thu May 17, 2007 2:17 pm

Postby bayan » Wed Sep 19, 2007 10:05 am

Saya pernah di rawat oleh jururawat lelaki. Mereka lebih lembut dan kemas dalam bekerja. tetapi jururawat wanita juga tak kurang hebatnya. apa pun respek kat jururawat yang sanggup melayan karenah pesakit. tak semua orang boleh berurusan dengan manusia yang mempunyai pelbagai karenah. laksanakan tanggungjawab seikhlas mungkin. :D
bayan
Extra
 
Posts: 1
Joined: Wed Sep 19, 2007 10:00 am
Location: kuala lumpur

nurse laki? pakai cap ke? aww

Postby Ba Log Liat » Thu Oct 25, 2007 10:26 am

Jururawat lelaki? ade ker jururawat lelaki nie? yang saya tahu jururawat untuk perempuan, medical assistant untuk lelaki. Tak dapatlah saya nak bayangkan nurse lelaki pakai cap/topi macam nurse... ehehehe
Ba Log Liat
 

jururawat lelaki

Postby koni » Thu Nov 15, 2007 9:08 pm

Sekarang ni bukan satu yang pelik untuk lelaki bergelar misi.Peluang kerjaya sama cerah macam jururawat wanita.Kat hospital tempat saya bekerja male nurse kerja di A&E dan ICU.Student attachment pun datang ke wad untuk practical. :D
KONI
koni
Junior
 
Posts: 21
Joined: Tue Nov 13, 2007 11:49 pm

Re: Male nurses job? is it the same their women peers?

Postby Guest » Sun Nov 18, 2007 10:14 am

saya kira sama tugas jururawat laki dan perempuan, may be yang membedakan adalh masalah privacy terhadap patient, lebih baik kalau jururawat laki terhadap patient laki laki, tapi kalau jururawat perempuan bisa melaksanakna terhadap patient laki dan perempuan.
Guest
 

smile

Postby Min » Sat Mar 01, 2008 10:33 am

saya pernah mendapat rawatan dari jururawat lelaki baru2 ni,hensem la diorang,tak la lembut mcm saya sangka,gentlement... rasa sakit pun hilang
Min
 

hensem ke Gaia?

Postby Ba Log Liat » Mon Mar 03, 2008 10:15 am

hensem ke Gaia?
Ba Log Liat
 

Re: tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby nazura01 » Tue Jul 08, 2008 9:20 am

sy rasa ok je...male nurse lebi diperlukan utk bt krj yg lebi berat, seperti tlg exercise, angkat patient ke. mrk bt krj lebi cpt n bijak, lebi2 kes emergency... 8)
nazura01
Junior
 
Posts: 114
Joined: Fri Jun 20, 2008 12:44 pm

Re: tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby nazilaton » Fri Jul 11, 2008 7:03 pm

Tak salah lelaki jadi jururawat. Mungkin janggal jika mula-mula kita dengar. Mereka ada pakaian mereka sendiri. Line biru mereka di bahagian bahu dengan nurses perempuan line di kepala.
Terima lah mereka dengan hati terbuka.
nazilaton
Junior
 
Posts: 15
Joined: Wed Aug 15, 2007 9:08 am
Location: Johor

Re: tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby mahani » Fri Jul 18, 2008 8:25 pm

Tugas jururawat lelaki dan perempuan adalah sama..tidak ada perbezaan tugas pun. Seawal tahun 60an dulu telah ada jururawat lelaki. Bekas pengetua saya dulu pun lelaki kerana dia pelatih dari Kolej Kejururawatan bersama-sama dengan beberapa orang pelatih lelaki dan perempuan lainnya. Semasa saya bertugas di dewan bedah dulu pun ada seorang jururawat lelaki terakhir 'badge' pengetua saya ni, dia menjalankan tugas seorang jururawat termasuklah menyambut kelahiran, dia tidak kekok langsung. Setelah saya menjawat jawatan sekarang, saya masih lagi merasa perkhidmatanmantan pengetua saya itu sebelum beliau bersara wajib. Pengambilan jururawat lelaki telah dihentikan sementara dalam beberapa tahun mengikut keperluan KKM tapi kini telah terdapat lebih 5 'badge' pelatih lelaki ini. Latihan mereka di KSKB Sg Buloh, KKIpoh, Alor Star dan Melaka. Kesimpulannya, tugas jururawat tiada bezanya tidak bergantung kepada jantina dan rumpun bangsanya.....!

p/s paparan di atas adalah mengenai pengambilan Kolej kejururawatan tajaan kerajaan Malaysia sahaja.

http://kolejkejururawatan.blogspot.com
mahani
Freshies
 
Posts: 6
Joined: Mon Jun 23, 2008 12:40 am

Re: tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby dayina » Fri Sep 12, 2008 10:27 pm

jururawat lelaki ok apa....zaman serba canggih nie mcm2 jeh jd....so apa yg nk dihairankan........ :D kita sama2 la sokong biar diorang leh jlnkan t/jwb diorang dengan baik.,,,,
dayina
 

Re: tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby muhd_rizal » Sun Oct 12, 2008 12:32 pm

Takde bezanya kalau lihat jururawat lelaki atau jururawat perempuan. Tak lama lagi benda ni akan nampak biasa. Gender kes ni pun pernah berlaku dalam angkatan tentera yang mana WANITA DIBERI KEPERCAYAAN MEMANDU JET PEJUANG. Waktu tu semua bangkang, skang dah macam biase da. Bagi masa kepada benda ni. Tak lama lagi Nurse lelaki dah nampak cam biase. Yang penting macamana nak meningkatkan profesionalism seorang jururawat tu agar dianggap sebagai jawatan setaraf dengan doktor, allied health science worker dan etc. :P
muhd_rizal
Extra
 
Posts: 2
Joined: Sun Oct 12, 2008 12:23 pm

Re: tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby nurse garang » Mon Nov 17, 2008 2:19 am

Sorry to say... male nurse kat ward aku cam pondan kaedahnyer....
Dah la pemalas.... sponge patient malas... yang dia tau.. dia datang kerja... makan minum break time mesti complete dan cukop.... nak tolong angkat patient malas ya amat.... demam batuk sikit dah heboh nak amek MC..... keja malam hilang gi isap rokok....

aku rasa masa silam dia, dia mungkin berdendam ngan jururawat kot.. tu yang bila dah tua bangka ni dia berazam nak jadik nurse laki supaya boleh balas dendam kat kitorang nurse pompuan ni....

hampehhh!!!!!
nurse garang
 

Re: tugas jururawat lelaki = jururawat wanita? camne tu

Postby chan » Sun Nov 30, 2008 2:31 am

hi all....
kat malaysia je....manusia pelik tengok jururawat lelaki....
kat oversea...(filipin, australia,us,uk,india, saudi,nz...extras....) penuh ngan jururawat lelaki...
at first i pun segan keje ngan depa, tapi....now alhamdulilah...
keje male or female nurses sama je ( nursing means nursing )
sekarang ni ...the best secure job is nursing and you can work anywhere in the world with nursing, kalau tak caya....tanyaler kawan2 atau relative u all yang pernah ada pengalaman keje kat oversea...
once u start to work with multiculture nurses....u will understand .... :D
chan
 

Next

Return to Soal Jawab Am Kejururawatan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests

cron